Selembut Jari Sehalus Lukisan
Lukisan Tradisional
1. Berikut adalah motif-motif yang digunakan dalam lukisan kaum-kaum di Malaysia .
Hasil-hasil lukisan ini memaparkan cara hidup rakyat yang berbilang bangsa, budaya dan agama.
MOTIF-MOTIF YANG DIGUNAKAN DALAM LUKISAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA
1.Kehidupan masyarakat berbilang kaum.
2. Kehidupan seharian penduduk tempatan.
3. Pemandangan dan suasana kampung.
4. Adat resam dan budaya hidup masyarakat.
5. Alam semula jadi.
2. Berikut adalah kepentingan memelihara lukisan yang
mempunyai unsur tradisional.
Mengekalkan Warisan Kesenian Kita
Usaha mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum di
Malaysia adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat di negara ini. Bukan hanya
kepada pewaris seni dan budaya sahaja. Masyarakat Malaysia telah mewarisi
pelbagai jenis kesenian. Pewaris budaya bangsa pada masa depan adalah generasi
hari ini. Melalui pendidikan warisan kesenian bangsa dapat dipelajari.
Bagi membina remaja yang cemerlang dan memahami
budaya, mereka mestilah memahami dan menghayati budaya bangsa. Budaya bangsa
adalah asas kepada
pembentukan kebudayaan
kebangsaan dalam kehidupan bermasyarakat.
Asas kehidupan budaya kebangsaan adalah berteraskan
kebudayaan rakyat asal di rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai
dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan kebangsaan. Islam menjadi
unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan itu. Agama dan
kebudayaan sangat berkait rapat dengan kehidupan.
Fenomena pada masa kini, kalangan remaja lebih
mengenali “budaya luar” atau budaya Barat yang dibawa masuk melalui TV dan juga
Internet. Perkara ini seharusnya tidak berlaku jika remaja dididik dan diberi
kefahaman tentang uniknya budaya tempatan di
Malaysia.
Sebagai contoh, muzik dan tari ciri kehidupan yang
melahirkan gerak irama, menghantar manusia ke alam luas, jauh dan syahdu.
Rentak dan genderang memberi semangat kepada pahlawan yang sedang berjuang.
Rayuan gita (lagu) harapan ibu dikatakan
mempercepatkan
membesar sang bayi dalam ayunan.
Pelbagai jenis warisan kesenian pelbagai kaum di
Malaysia yang meliputi muzik, alat muzik, tarian, kraf tangan, permainan, seni
bina dan lukisan. Semua warisan ini amat berharga dan bernilai kepada negara.
Kalangan remaja harus memahami dan menghayati semua warisan ini.
Justeru, warisan kesenian ini juga menjadi aset dan
tarikan para pelancong. Sebagai contoh, jenis-jenis muzik Melayu tradisional
antaranya ialah muzik makyung, Mek
Mulung, Ghazal,
wayang kulit dan sebagainya.
Di Sabah saja mempunyai kira-kira 32 jenis tarian
daripada pelbagai jenis etnik. Tarian Mongigol Sumundai, Sumayau dan Semazau
Penampang merupakan beberapa jenis tarian untuk pemujaan semangat. Di Pahang
ada Tarian Labi-Labi dan Tarian Pelanduk yang unik dan perlu diketengahkan
selain masih banyak lagu-lagu rakyat yang perlu dikomersialkan. Begitu juga
bagi negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Kelantan.
Selain itu, bidang muzik mengikut cara bunyi
dihasilkan, alat muzik tradisional kaum di Malaysia boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis. Pertama, getaran pada tali yang ditegangkan seperti alat muzik
India iaitu Tampura, alat muzik Cina Erh-Hu. Kedua, di pukul pada kulit yang
ditegangkan iaitu Geduk alat muzik Melayu dan Tabla alat muzik kaum India.
Beberapa alat muzik ini sangat penting kerana ia
digunakan untuk mengiringi persembahan dalam upacara tertentu. Selain itu, tarian-tarian suku kaum di
Malaysia telah diwarisi sejak beberapa abad yang lalu. Setiap tarian
tradisional mempunyai fungsi tertentu.
Kraf tangan suku kaum di Malaysia juga ada
berbagai-bagai jenis. Kraf tangan ini diperbuat daripada pelbagai bahan seperti
mengkuang, kayu, manik, benang, logam, tanah liat dan sebagainya. Keunikan ini
harus dibanggakan oleh kita rakyat Malaysia yang kaya dengan kesenian kraf
tangan.
Permainan tradisional pula dapat mewujudkan interaksi
sosial dalam masyarakat selain daripada mengisi masa lapang. Pelbagai jenis
permainan tradisional yang boleh didapati di kalangan kaum di Malaysia. Setiap permainan
tradisional ini menggunakan alat dan peraturan tertentu. Kita semua tentu tidak
mahu, permainan Internet akan
menghapuskan
permainan tradisional yang ada.
Di samping itu, seni bina merupakan satu aspek warisan
budaya yang penting ke rana ia menunjukkan identiti dan kreativiti bangsa.
Terdapat pelbagai bentuk seni bina warisan kaum di Malaysia. Mengenali dan
mempelajarinya adalah satu usaha yang
dapat
mengekalkan seni bina bangsa kita.
Bentuk-bentuk seni bina ini sangat unik terutama jika
dilihat dari segi bumbung, tiang, tangga, ukiran dan sebagainya. Sebagai
contoh, rumah-rumah tradisional Melayu ada beberapa bentuk. Antaranya, Rumah
tiang 12, Rumah Perabung Lima, Rumah Bujang Barat, Rumah Bumbung Perak dan
Rumah Perabung Panjang. Begitulah indahnya dan
terdapat
pelbagai ciri serta bentuk rumah tradisional Melayu.
Memetik pandangan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah,
sebagai berkata seni bina penting kerana ia menunjukkan nilai kreativiti
seseorang dan warisan sesuatu bangsa. Ia mesti dapat disesuaikan dengan diri
dan budaya kita dalam menerap kemajuan teknologi, kemajuan perniagaan dan
lain-lain tanpa mengetepikan adat dan budaya bangsa Malaysia.
Menurutnya, seni bina yang mempunyai nilai-nilai
sejarah perlu dipelihara agar ia tidak dilupakan dan sentiasa diingat oleh
setiap golongan masyarakat. Ia juga perlu dijaga dengan baik agar masyarakat
dapat melihat evolusi bangsa.
Justeru, kita juga perlu ada satu pendekatan dalam
evolusi seni bina agar apa juga yang dihasilkan dapat mencerminkan budaya dan
masyarakat kita sendiri dan bukan sekadar dicedok atau diambil dari
pengaruh-pengaruh luar atau internet. Media adalah suatu yang dinamik. Kita
tidak boleh terima apa saja yang disiarkan, tetapi ia perlu ditapis.
Sebagai contoh, Istana Budaya setaraf dengan Royal
Albert Hall di London. Reka bentuknya mementingkan ciri-ciri kebudayaan Melayu.
Tapak bangunan ini direka berdasarkan wau bulan. Bumbung Istana Budaya
berkonsepkan gubahan sirih junjung. Ruang dalamnya berkonsepkan rumah Melayu.
Sementara itu, lukisan suku kaum di Malaysia juga
merupakan satu cabang seni yang tinggi nilainya. Sebagai contoh, orang Cina
menggunakan motif hiasan yang pelbagai dalam seni lukisan berdasarkan lagenda,
falsafah, sejarah dan tradisi aliran agama Buddha, pengajaran Tao dan
Confucious. Simbol lukisan orang-orang Cina berbeza daripada simbol budaya lain
kerana sesuatu corak yang dipilih mempunyai makna yang tersendiri.
Justeru, kita mengharapkan generasi muda pada masa
kini dapat memahami unsur budaya dan pelbagai kesenian bangsa sebagai teras
pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang memahami budaya
tradisional masyarakatnya.
Kelainan dan kesatuan ini menjadikan budaya masyarakat
Malaysia sangat unik dan menjadi daya tarikan para pelancong dari luar negara.
Mereka melihat semua warisan kesenian pelbagai kaum sebagai satu seni yang unik
dan dapat menyatupadukan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Hakikatnya, Malaysia
mengandungi berbagai-bagai masyarakat dan budaya; tetapi apa yang
dicita-citakan oleh kita semua pada satu peringkat, ialah integrasi yang
melampaui masyarakat dan budaya yang berbagai-bagai-bagai. Integrasi inilah
yang dapat dijalinkan bagi memperkukuhkan
perpaduan dan dapat dirasakan oleh rakyat Malaysia sebagai kebudayaan nasional
mereka.
3. Berikut adalah cara memelihara lukisan yang mempunyai unsur tradisional.
- Menyimpan, memelihara, dan mempamerkan semua lukisan tradisional di dalam bangunan tradisional seperti di dalam muzium.
- Menarik minat generasi muda untuk menguasai kemahiran lukisan tradisional dengan mengadakan pusat-pusat latihan khas untuk lukisan tradisional.
- Mengadakan festival kebudayaan secara meluas seperti festival kebudayaan di Kuala Lumpur
- Merakyatkan kebudayaan seni dengan mengadakan aktiviti sokongan seni tradisional, moden, senam seni, pertandingan nyanyian, denmonstrasi seni tampak, permainan tradisional, termasuk pertandingan melukis lukis lukisan tradisional dan seagainya untuk menggalakkan orang ramai mengunjungi program-program yang melibatkan seni kebudayaan.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan