Jumaat, 7 Mei 2021

Time Is Money

 As people get older, they perceived value of time increases. "Time is money" for everyone, regardless the age. Do you agree or disagree? Why?

As people get older, they perceived value of time increases. "Time is money" for everyone, regardless the age. I agree with the statement because the older a person gets, the shorter the person has time left to live. I may not be the wisest girl to describe the worth of time, however, time is all we have. With time, we can do whatever we want because we have options to choose whatever the result we will gain later after sometimes of investing on doing what we chose to do.

I had read a story where a man spent the rest of his life in cell. He was arrested after he was found guilty for committing murder on a woman who accidentally hit and ran the man's daughter. It was reported that the woman did not even apologize or feeling sorry for his loss so he conciously murdered the woman after the case confession period in court. 

To be honest if I am that man, I would do a similar thing but not killing. I do not claim any negativity nor hate crime in the future. I would probably revenge on making the woman suffer in cell instead of me for being very arrogant. It might be an accident, but everyone deserves an apologize and empathy. If we could not help people in hard situations like that, we should not burden them more by being ignorant. The least we could do is to let them know that we understand the trouble they have but we are sorry as we can not help with anything more because sometimes accidents still happen no matter how much we tried to avoid them. Hence, the best you can do is trying to reduce their burden with smiling or telling nice words to them that they 'have been doing their best so far, so there is no need to worry more.'

Logically, people would invest time on doing what they prioritize. However, people are forgetful and tend to give up easily on their dreams. They might have prioritize the dreams that they are trying to live in but they still need to remind themselves daily to face the troubles and hurdles as a price of success. There is no free thing in this world. We have to work on our dreams and even after we finally achieved our dreams, we still need to maintain our effort or get out of our comfort zones to be able to be more successful.  

As a student, I would like to maintain my pace on study effort. I need to have balanced lifestyle and study smart so that I could enjoy my life as youngster. I mean, to enjoy learning as much as I could and to spend my free time with my family as long as I can. This is because I realize that time is all I have and for now, I need to appreciate people around so that I would not regret on treating my loved ones badly  the day they have gone as I have done my best to share my presence with them. If I ever feel sad, I would think of the happy time so that I will not give up on my life sooner. Finally, fully use your time to end your time happily and without regret. I promise you it is worth your presence in this world.

Sabtu, 13 Februari 2021

My expectation on Critical Literacy

    As I have just started learning this Critical Literacy course, to be honest, the word critical itself tells clear enough that there will be questions in this subject paper that will require me to think critically for answers. In my thoughts, the type of questions that will appear in this subject paper thus request me to analyze some given situations and demand some detailed reviews and explanations. 

    Next, my expectations on this subject would end me getting A+ as critical questions always challenge my thinking skills. I am hoping for the best result for this semester so I am pushing myself to be wiser in sharpening my answering skills on every paper. Plus, in order to get superb results for this subject, I will need to read more scientific and non-fiction reading materials so that I can have a wider range of knowledge to pass this subject. 

    Last but not least, my expectations on this subject would be flexible and useful content from this subject for my future convenience. I hope I would be seeing useful and accurate ways to think critically then answer precisely according to the situation or problem. Surely, I am the one who needs to work both smarter and harder to advance myself in this subject. 

   

    

Jumaat, 10 Julai 2015

SENI BINA KREATIVITI BANGSA






SENI BINA 
KREATIVITI BANGSA


PENGENALAN

Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mrk yg sgt erat dengan alam sekitar.  Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan.  Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang atau berpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah.  Pada peringkat awal rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat.  Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan juga mpunyai falsafah jiwa sezaman(Spirit of times).

 BUMBUNG
Semua ngri di M’sia, rumah Melayu tradisional t’diri dr rumah bumbung ttp slps kdtgn penjajah ia berubah btk kpd btk limas @ bumbung belanda . Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong utk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada bumbung rata @ leper) .  Bahan yg digunakan utk mhasilkan bumbung juga sesuai dgn cuaca dan teknologi pd masa itu. Sepjg  tepian hjg bumbung pula selalu dipasang cucur atap @ papan cantik berukir menandakan kehalusan seni masy melayu. 
  
ANJUNG
 Ruang ini biasa digunakn kaum lelaki utk mjlnkn kerja rumah spt mengayam pukat, jaring dll. • Anjung jg merupakn tmpt utk berehat & berbincang bg kaum lelaki.  Falsafah yg hendak diketengahkn dlm msyrkt Melayu adalah utk membataskn @membezakn tmpt ant. Kaum lelaki & wanita.  Wanita lebih dibahagian dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sbg pelindung.  Hal ini menunjukkn msyrkt Melayu amat memntingkn adat & tatatertib masy. Sehingga mnjdkn org Melayu dipandang tinggi krn kaya dgn kehalusan budi pekerti.  Juga mengelakkan fitnah kerana tetamu lelaki selalunya hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja.  Masy melayu mpunyai pandangan yang jauh dan meneliti setiap perkara dengan pertimbangan yang sewajarnya.

BILIK TIDUR
Ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga.  Anak lelaki dan perempuan dipisahkan bilik mlambangkan masy melayu yang mgamalkan ajaran Islam dlm kehidupan .  Bilik didirikan bdekatan rumah ibu dan dapur bg myenangkan aktiviti harian.Lelaki akan berada di rumah ibu mnkala perempuan di dapur.  Bilik tidur tidak mnerima tetamu asing mnandakn masy melayu yg peramah dan mesra ttp ada batasnya. 

DAPUR
Dibatasi dgn dinding utk membezakn ant rumah ibu dgn rumah dapur.  Sbg tmpt kaum perempuan memasak @ tmpt khas utk tetamu perempuan mlambangkan peranan perempuan dibelakang lelaki sesuai kdudukan dapur selepas rumah ibu.   Tmpt khas utk keluarga berkumpul.  Org luar tidak dibenarkn masuk sesuka hati ke ruang dapur.  Tmpt ibubapa menyampai pesanan, nasihat dsbnya. Falsafahnya adalah utk mengukuhkn silaturahim ant ahli keluarga dan masy melayu yang tetap memelihara hub.kekeluargaan. 

UKIRAN

Seni ukiran tdpt d tangga rumah, di dinding beranda dsbgnya.  Membuktikn masy Melayu kaya dgn seni yg tersendiri.  Lebih menrapkan falsafah metafora.  Kepingan ukiran berlubang bukan sahaja perhiasan ttp jg menggalakkn udara & cahaya masuk utk menceriakan rumah.   Berunsur corak geometrik @ tumbuhan.  Tiada corak fauna atau binatang selaras dgn larangan agama.


KESIMPULAN


Melayu terkenal dgn kehalusan pemikiran berasaskan logik dan akal.  Bentuk dan bahan yg digunakan bgantung kepada falsafah ‘Spirit of Times’ . Setiap ruang mpunyai simbolik @ falsafah tertentu yang ingin diketengahkan.  Islam memainkan peranan penting dlm pmbentukan falsafah pembinaaan rumah melayu.   Bergantung kepada adat atau kepercayaan masy,bentuk rumah boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan falsafahnya. 


RUMAH MELAYU MELAKA

Rumah Tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin. Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.




CONTOH TEMPAT IBADAH DI MALAYSIA




Rumah Melayu Johor






RUMAH MELAYU PERAK










JENIS-JENIS WARISAN

SEPERTI:






WARISAN SENI BINA CINA

                 Gaya seni bina Cina merujuk kepada suatu gaya seni bina yang telah dibentukkan di Asia untuk beberapa abad. Prinsip-prinsip seni bina Cina telah kekal secara besarnya tidak berubah, perubahan utama hanya pada perincian berhiasan. Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya seni bina Korea, Vietnam dan Jepun.
            Gaya seni bina China adalah setua tamadun China. Dari setiap sumber maklumat - sastera, grafik, teladan - adanya bukti kuat menyaksikan pada nyatanya bahawa orang China telah sentiasa menggunakan sistem asli pada pembinaan yang telah mengekalkan ciri-ciri prinsip dari zaman prasejarah ke hari kini. Ke atas kawasan yang besar dari Turkistan China ke Jepun, dari Manchuria ke bahagian utara Indochina Perancis, sistem pembinaan yang sama tersebar; dan ini adalah kawasan pengaruh budaya China. Bahawa sistem ini pada pembinaan dapat sendiri hidup lamanya untuk lebih daripada empat ribu tahun ke atas suatu wilayah yang sangat besar dan masih kekal sebagai sebuah gaya seni bina hidup, mengekalkan ciri-ciri utamanya pada masa serangan asing yang berulangan - tentera, intelektual, dan rohaniah - adalah suatu fenomena yang cuma dapat dibandingkan dengan kelanjutan tamadun yang mana ia adalah suatu bahagian yang penting
        Senibina masyarakat cina  terbahagi kepada 2 jenis iaitu senibina tradisional dan senibina Baba-Nyonya.Kebanyakan masyarakat cina mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu ukiran ataupun senibina yang digambarkan. Contoh senibina tradisional adalah tokong-tokong cina di seluruh negara,seperti Tokong Chen Hong Teng yang dibina pada tahun1646 manakala senibina Baba-Nyonya banyak terdapat di negeri pulau pinang dan melaka.Pembinaannya dibina dengan halaman terbuka di bahagian dalam rumah dan pemasangan jubin yang cantik dan mempunyai corak serta berwarna-warni.Tambahan pula,terdapat juga senibina masyarakat cina yang menggabungkan unsur Cina dan Barat.Senibina seumpama ini jarang ditemui dan dapat dilihat di masjid Tengkera Melaka yang hampir sama dengan menara pagoda yang menunjukkan unsur senibina cina di bumbung dan digabungkan dengan tirai dan kisi-kisi berunsur barat.


WARISAN SENI BINA INDIA

Bagi masyarakat india pula,senibina banyak dipamerkan melalui kuil-kuil Hindu.Lazimnya senibina masyarakat india bewarna-warni dan mempunyai unsur-unsur dewa-dewi kepercayaan agama hindu.Contoh senibina india iaitu Kuil Sri mahamariaman yang dibina pada hujung abad ke-19 di Kuala Lumpur yang merupakan kuil tercantik di negara ini.Senibina yang dipaparkan adalah secara terperinci menggabungkan ukiran halus,hiasan emas,motif lukisan tangan dan jubin yang cantik.




 contoh2 Senibina Tradisional



Melayu


Seni bina Melayu tradisional menggunakan proses seni bina yang rumit, yang disesuaikan untuk keadaan tropika seperti struktur rumah dibina dengan tiang di atas tanah, membolehkan tiupan pengudaraan silang di bawah ruang tamu untuk menyejukkan rumah sementara mengelak kesan banjir yang kerap berlaku. Bumbung berbucu tinggi dan tingkap besar bukan saja membolehkan pengudaraan silang tetapi diukir dengan rekaan organik yang halus.

Rumah tradisional di Negeri Sembilan dibina sepenuhnya daripada kayu jati dan tidak menggunakan paku langsung. Ia dibina menggunakan alur rasuk yang dipegang oleh sendal. Contoh tercantik seni bina jenis ini dapat dilihat di Istana Lama Seri Menanti di Negeri Sembilan, yang dibina pada 1905. 

Sekarang, banyak bangunan bercirikan Melayu atau Islam menggabungkan elemen seni Moor seperti yang dapat dilihat di Muzium Seni Islam dan beberapa bangunan di Putrajaya - pusat pentadbiran baru, dan banyak masjid di seluruh negara.


Bumiputera Sabah dan Sarawak


Dua seni bina terserlah unik bagi bumiputera Sabah dan Sarawak adalah rumah panjang dan kampung air.
Merupakan rumah kepada suku kaum di bahagian pendalaman sungai, rumah panjang adalah rumah bermasyarakat tradisional. Struktur panjang dan bertiang, biasanya dibuat dengan kayu balak dikapak, diikat dengan fiber pokok menjalar dan bumbung dianyam atau daun berteres yang boleh menempatkan 20 hingga 100 keluarga.

Kampung air yang dibina atas tiang biasanya ditemui di sepanjang tebing sungai dan pinggir laut. Rumah disambungkan dengan laluan papan serta perahu ditambatkan di tepinya. Perjalanan ke sekitar kampung biasanya menggunakan sampan atau kanu. 


Gaya Zaman Kolonial


Gaya seni bina dari zaman kolonial yang berbeza dapat dilihat pada pelbagai bangunan dibina antara 1511 dan 1957.

Portugis


Contoh paling ketara seni bina Portugis di Malaysia ialah kubu A'Famosa di Melaka, yang telah dibina oleh Alfonso d'Albuquerque pada 1511. Hampir dimusnahkan orang Belanda, hanya sebahagian kecil kubu itu yang masih tinggal di bukit di hadapan bandar Melaka, pelabuhan lama dan Selat Melaka


Belanda


Terletak di Bandar Melaka, Stadthuys dengan pintu kayu yang berat, dinding merah yang tebal dan engsel besi tempaan adalah peninggalan paling diingati oleh Belanda di Melaka. Ia adalah contoh terbaik skil pembinaan dan hasilan kayu Belanda. Dibina antara tahun 1641 dan 1660 ia dipercayai bangunan tertua di Timur.

British


Antara banguna paling penting dibina oleh pihak British adalah Bangunan Sultan Abdul Samad, yang berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dengan kecantikan seni bina Moor, ia dilengkapkan pada 1897, menjadi pejabat Sekretarian Koloni semasa pentadbiran British.

Rumah-rumah kedai pra-kemerdekaan masih lagi mempunyai kecantikan yang kekal sejak zaman awal lagi. Satu hasil peninggalan British adalah 'kaki lima', atau kawasan pejalan kaki bertutup, untuk memberi perlindungan kepada pejalan kaki dari kesan panas dan hujan.

Selebut Jari Sehalus Lukisan

Selembut Jari Sehalus Lukisan

Lukisan Tradisional


1. Berikut adalah motif-motif yang digunakan dalam lukisan kaum-kaum di Malaysia .
Hasil-hasil lukisan ini memaparkan cara hidup rakyat yang berbilang bangsa, budaya dan agama.

MOTIF-MOTIF YANG DIGUNAKAN DALAM LUKISAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA

1.Kehidupan masyarakat berbilang kaum.
2. Kehidupan seharian penduduk tempatan.
3. Pemandangan dan suasana kampung.
4. Adat resam dan budaya hidup masyarakat.
5. Alam semula jadi.




2. Berikut adalah kepentingan memelihara lukisan yang mempunyai unsur tradisional.

Mengekalkan Warisan Kesenian Kita

Usaha mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat di negara ini. Bukan hanya kepada pewaris seni dan budaya sahaja. Masyarakat Malaysia telah mewarisi pelbagai jenis kesenian. Pewaris budaya bangsa pada masa depan adalah generasi hari ini. Melalui pendidikan warisan kesenian bangsa dapat dipelajari.
Bagi membina remaja yang cemerlang dan memahami budaya, mereka mestilah memahami dan menghayati budaya bangsa. Budaya bangsa adalah asas kepada
 pembentukan kebudayaan kebangsaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Asas kehidupan budaya kebangsaan adalah berteraskan kebudayaan rakyat asal di rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan kebangsaan. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan itu. Agama dan kebudayaan sangat berkait rapat dengan kehidupan.

Fenomena pada masa kini, kalangan remaja lebih mengenali “budaya luar” atau budaya Barat yang dibawa masuk melalui TV dan juga Internet. Perkara ini seharusnya tidak berlaku jika remaja dididik dan diberi kefahaman tentang uniknya budaya tempatan di
 Malaysia.

Sebagai contoh, muzik dan tari ciri kehidupan yang melahirkan gerak irama, menghantar manusia ke alam luas, jauh dan syahdu. Rentak dan genderang memberi semangat kepada pahlawan yang sedang berjuang. Rayuan gita (lagu) harapan ibu dikatakan
 mempercepatkan membesar sang bayi dalam ayunan.

Pelbagai jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi muzik, alat muzik, tarian, kraf tangan, permainan, seni bina dan lukisan. Semua warisan ini amat berharga dan bernilai kepada negara. Kalangan remaja harus memahami dan menghayati semua warisan ini.

Justeru, warisan kesenian ini juga menjadi aset dan tarikan para pelancong. Sebagai contoh, jenis-jenis muzik Melayu tradisional antaranya ialah muzik makyung, Mek
 Mulung, Ghazal, wayang kulit dan sebagainya.

Di Sabah saja mempunyai kira-kira 32 jenis tarian daripada pelbagai jenis etnik. Tarian Mongigol Sumundai, Sumayau dan Semazau Penampang merupakan beberapa jenis tarian untuk pemujaan semangat. Di Pahang ada Tarian Labi-Labi dan Tarian Pelanduk yang unik dan perlu diketengahkan selain masih banyak lagu-lagu rakyat yang perlu dikomersialkan. Begitu juga bagi negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Kelantan.
Selain itu, bidang muzik mengikut cara bunyi dihasilkan, alat muzik tradisional kaum di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Pertama, getaran pada tali yang ditegangkan seperti alat muzik India iaitu Tampura, alat muzik Cina Erh-Hu. Kedua, di pukul pada kulit yang ditegangkan iaitu Geduk alat muzik Melayu dan Tabla alat muzik kaum India.

Beberapa alat muzik ini sangat penting kerana ia digunakan untuk mengiringi persembahan dalam upacara tertentu.  Selain itu, tarian-tarian suku kaum di Malaysia telah diwarisi sejak beberapa abad yang lalu. Setiap tarian tradisional mempunyai fungsi tertentu.

Kraf tangan suku kaum di Malaysia juga ada berbagai-bagai jenis. Kraf tangan ini diperbuat daripada pelbagai bahan seperti mengkuang, kayu, manik, benang, logam, tanah liat dan sebagainya. Keunikan ini harus dibanggakan oleh kita rakyat Malaysia yang kaya dengan kesenian kraf tangan.

Permainan tradisional pula dapat mewujudkan interaksi sosial dalam masyarakat selain daripada mengisi masa lapang. Pelbagai jenis permainan tradisional yang boleh didapati di kalangan  kaum di Malaysia. Setiap permainan tradisional ini menggunakan alat dan peraturan tertentu. Kita semua tentu tidak mahu, permainan Internet akan
 menghapuskan permainan tradisional yang ada.

Di samping itu, seni bina merupakan satu aspek warisan budaya yang penting ke rana ia menunjukkan identiti dan kreativiti bangsa. Terdapat pelbagai bentuk seni bina warisan kaum di Malaysia. Mengenali dan mempelajarinya adalah satu usaha yang
 dapat mengekalkan seni bina bangsa kita.

Bentuk-bentuk seni bina ini sangat unik terutama jika dilihat dari segi bumbung, tiang, tangga, ukiran dan sebagainya. Sebagai contoh, rumah-rumah tradisional Melayu ada beberapa bentuk. Antaranya, Rumah tiang 12, Rumah Perabung Lima, Rumah Bujang Barat, Rumah Bumbung Perak dan Rumah Perabung Panjang. Begitulah indahnya dan
 terdapat pelbagai ciri serta bentuk rumah tradisional Melayu.

Memetik pandangan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, sebagai berkata seni bina penting kerana ia menunjukkan nilai kreativiti seseorang dan warisan sesuatu bangsa. Ia mesti dapat disesuaikan dengan diri dan budaya kita dalam menerap kemajuan teknologi, kemajuan perniagaan dan lain-lain tanpa mengetepikan adat dan budaya bangsa Malaysia.

Menurutnya, seni bina yang mempunyai nilai-nilai sejarah perlu dipelihara agar ia tidak dilupakan dan sentiasa diingat oleh setiap golongan masyarakat. Ia juga perlu dijaga dengan baik agar masyarakat dapat melihat evolusi bangsa.

Justeru, kita juga perlu ada satu pendekatan dalam evolusi seni bina agar apa juga yang dihasilkan dapat mencerminkan budaya dan masyarakat kita sendiri dan bukan sekadar dicedok atau diambil dari pengaruh-pengaruh luar atau internet. Media adalah suatu yang dinamik. Kita tidak boleh terima apa saja yang disiarkan, tetapi ia perlu ditapis.
Sebagai contoh, Istana Budaya setaraf dengan Royal Albert Hall di London. Reka bentuknya mementingkan ciri-ciri kebudayaan Melayu. Tapak bangunan ini direka berdasarkan wau bulan. Bumbung Istana Budaya berkonsepkan gubahan sirih junjung. Ruang dalamnya berkonsepkan rumah Melayu.

Sementara itu, lukisan suku kaum di Malaysia juga merupakan satu cabang seni yang tinggi nilainya. Sebagai contoh, orang Cina menggunakan motif hiasan yang pelbagai dalam seni lukisan berdasarkan lagenda, falsafah, sejarah dan tradisi aliran agama Buddha, pengajaran Tao dan Confucious. Simbol lukisan orang-orang Cina berbeza daripada simbol budaya lain kerana sesuatu corak yang dipilih mempunyai makna yang tersendiri.

Justeru, kita mengharapkan generasi muda pada masa kini dapat memahami unsur budaya dan pelbagai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang memahami budaya tradisional  masyarakatnya.
Kelainan dan kesatuan ini menjadikan budaya masyarakat Malaysia sangat unik dan menjadi daya tarikan para pelancong dari luar negara. Mereka melihat semua warisan kesenian pelbagai kaum sebagai satu seni yang unik dan dapat menyatupadukan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Hakikatnya, Malaysia  mengandungi berbagai-bagai masyarakat dan budaya; tetapi apa yang dicita-citakan oleh kita semua pada satu peringkat, ialah integrasi yang melampaui masyarakat dan budaya yang berbagai-bagai-bagai. Integrasi inilah yang dapat dijalinkan  bagi memperkukuhkan perpaduan dan dapat dirasakan oleh rakyat Malaysia sebagai kebudayaan nasional mereka.

3. Berikut adalah cara memelihara lukisan yang mempunyai unsur tradisional.


  • Menyimpan, memelihara, dan mempamerkan semua lukisan tradisional di dalam bangunan tradisional seperti di dalam muzium.
  • Menarik minat generasi muda untuk menguasai kemahiran lukisan tradisional dengan mengadakan pusat-pusat latihan khas untuk lukisan tradisional.
  • Mengadakan festival kebudayaan secara meluas seperti festival kebudayaan di Kuala Lumpur
  • Merakyatkan kebudayaan seni dengan mengadakan aktiviti sokongan seni tradisional, moden, senam seni, pertandingan nyanyian, denmonstrasi seni tampak, permainan tradisional, termasuk pertandingan melukis lukis lukisan tradisional dan seagainya untuk menggalakkan orang ramai mengunjungi program-program yang melibatkan seni kebudayaan.                              



Sekian, Terima Kasih :)